CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
 

Sweet Honesty :)

WordPress plugin

Monday, October 31, 2011

Kunci Kereta !!!!!!!

Guys , tolong aku , kunci kereta ayah aku hilang doe !!! Mana aku letak nie , aku pon tak tahu . Tadi aku yg bawak , huh !! Wahai kunci , pulanglah engkau ke pangkuan ku . eee . Nanti aku kene marah dengan ayah , waaaaaaaa :'( kang tak pasal2 aku takleh bawak kete daaaaaa . Balik lah ! Balik lah wahai kunci !!!! 




Ohoi ~

Assalam :) macam dah lama tak update blog kan ? Tak tahu la kenape terasa malas pulak . Hehehe , arini dikurniakan kerajinan untuk sy . ahahahha . ermm , dimana - dimana . Hahahah , itu title lagu untuk bulan nie . Hahahah , kamu kamu kamu , hanyalah kamu dihatiku . Brrrrr . Now kan , aku teramat lah heppy . Sebabnye akn keluar dari rumah nie . ahahaha , tk sbr nak masuk study balik . Rindu yg teramat kat kawan2 , ecspecially kat kakak ruby , aina , zzura , kakak zi , kakak yana . and all lahhh kan . rindu jugak kat kawan2 sekelas . ahahah , tak sabar nak balik , ermmm . Insyaallah kamis nie , aku nak g sekolah lama aku , dijemput menghadiri dinner sekolah tuh . Hermm , mybe aku akan pergi dgn kakak2 senior kuhh , hahaha . bersama kakak mis , kakak bell , and makcik emilia . Kesian kat Miera , tak dpt follow , sbbnye dia dah gerak g penang 1hb (esok) . Pape pon takpe ek Miera , pergi sana utk study kan , teruskan perjuangan anda ok . Hahahah , nnti aku mai sana k . Dkt ngn umah mak mertua den , hahahahahah . Ermm , n to adek2 junior yg ade kat MTAS tuh , tggu ek kedatangan kami . Hahahah , Insyaallah jika berkesempatan ye . Ermm , to adek Junior kuhh Husna Humaira (MEYA) , akk dtg sana , dah 3hb , so dah terlepas bufday kau . Hahhaha , takde hadiah la yeee . hahahaha . Mintak kat kak mis yeee . Ermm , itu je la nak cite k . Aku nak berborak2 dgn ibu , tggl seminggu je lagi kat rumah nie ,  n tggl seminggu jeh masa utk bertekak dgn ibu , lepas nie mesti rindu merindu . Hehehehe . Bye2 , enjoy with my new blog :)

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali :)


Hah , malam ni aku dah ade kat rumah aku . Semenyih . Around 9:30pm td aku sampai kat rumah . heheh . Ermm , semangat nak sambut Deepavali . wakakaka . taman aku nie ramai pulak penghuni India . hahahah . ermm . 
So , di kesempatan ini aku nak wish Happy Deepavali to 
Fique Shariffudin 
Fariz Kamil 
Eyna Zaharin 
Zzura Hanim 
Hazirah Mh 
Dyia Biela Rose 
Amrzdyana Yana
Hazim Hamdan 
Hasnil Ashreeq
Myza Yaasin 
Ummu Nadhirah Azmi
Wae Nurainie 
Rashid Aju
Aqiem Rashid
Auny Rashid
Dzurraa Amanda Dzulkifly
Dzatty Nisha Dzulkifly
Nurul Asyiqqin 
Eykin Zubir 

DANIAL HAIKAL *buah hati ku ... 

Sunday, October 23, 2011

Berhijrah sebentar .

Ok , arini adelah hari malas sedunia . Hahaha , aku tidur semalam , tkde la lambat sgt , dlm kul 1 , then pagi nie aku bangon kul12:48 pm . Hahah , lambat kn ? Ermm , aku bangon sebab ibu ajak balik kampung , then dia soh aku packing baju , dia suh aku berhijrah rumah makcik aku kat Seremban . Now , aku dah kat Seremban , maybe aku akan duduk sini dalam 2,3 hari . Ermm , aku kat sini sgt dimanjakan , sbb makcik aku ni takde anak perempuan , anak dia dua org , dua2 lelaki . Yg 1st tuh tgh keje kat tesco fr sem break . Yg 2nd pulak , still study , baru jeh abeh PMR . Hehehe , so this week kan cuti sekolah sbb Deepavali , so aku ade kawan la . heheh . Kawan bergadoh la , asyek kene buli je aku nie . Tp pakcik aku ade , backup terbesar . Hahah , i feel happy . haha . k lah nite2 .

Friday, October 21, 2011

Danial Haikal Mengada :)




Thursday, October 20, 2011

Al Fatihah :')

Al Fatihah buat saudara kita yg baru kembali kerahmatullah semalam . Mudah2an dia ditempatkan di tempat org2 yg beriman . Sesungguhnya dia pergi setelah menanggung sakit selama 7 bulan , dan tidak mampu menanggung rawatan perubatan sendiri . Mungkin kesalahannya yg terlalu besar kepada ibu bapanya , membuatkan bapanya tidak mahu mengambil tahu tentangnya yg sedang menuntut ilmu dinegara seberang (Jakarta, Indonesia) . Keinginannya untuk mengucup tangan ibunya , tidak kesampaian . Namun melihat wajah keluarganya juga tidak kesampaian . Mari lah sama2 kita kirimkan bekalan buat hamba Nya ini . Sesungguh Allah SWT sungguh menyayangi Insan ini . Al Fatihah :'(

Wednesday, October 19, 2011

Baby Danial :)

Comel ! Comel ! Comel ! But seriously manja gila ! hahaha , arini ibu start jage anak kawan dia , hahah , pagi2 lagi ibu dgn ayah dah bangon menantikan kedatangan Danial . hahah , yelaa , dalam rumah ni dah sunyi . Dah 7tahun tak dgr suare Baby menangis , gelak . hahahah , so dalam kul9 , Ibu Danial dtg anta Danial kat rumah , hahah , ibu dgn ayah apa lagi bermain sakan la dgn dia . Kitorg tak penah2 bangon awal , arini satu rumah bangon awal . Tak mengantok dibuatnya . Hahah , semua mengadap Baby nie . Ayh lagi la , smpi tak ingat nak pergi kerja . Ke hulu , ke hilir dia dukung Danial . Tak senang budak tuh nak tido . Hahahah . Aqim pulak , suka main rambut Danial , rambut dia gila lebat . Boleh Mohawk . hahaha , dia comel gila doe . Ibu tak abeh2 panggil dia hensem boy . hahaha . Kul10 cmtuh , auni pulak balik sekolah . Auni balik , hah amekaw . Abeh budak tuh di ciom2 . Hahah , grrrr . Sangat manja , dia taknak tido diam2 . Asyek nak berpangkuh jehh , n tak boleh ditinggalkan . Bila org tgglkan , dia nanges la , merengek la . Hayyaa , sampai tak masak mak aku arini . Hahah . Nak tengok gmbr dia tak ?? 



Monday, October 17, 2011

Ternyata Ayt Kursi Itu membantu kita !



Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

No more enjoy !

Malam nie aku dpt berita buruk , sedih ! Haish APTB ! herggghhhh , after this , no more overnite , no more hang out (sakan) ! Please chuha , lets focus on study first ! Haaaaaaaaaaa ! Damn ! Forget all about the thing make you tension ! Please !!!

Sunday, October 16, 2011

Basikal Baring :)

Holla readers , semalam aku nak update blog , tp penad n terasa ngantok , heee :) semalam aku pergi ber'dinner' di luar bersama keluarga tersayang . Aku pergi makan kat Sate Hj Samuri Kajang ,ngeee :P , tahu kenape happy dpt dinner ? sebab selalunye ayah keje jeh , takde mase dgn aku adek beradek , so semalam dia otw balik kerja petang tuh , dia call n dia pesan kat aku adek beradek jgn makan , sbb dia belanje kami makan . hahah , seronok lah kami . Even dah selalu makan luar , tp tak tahu kenape sejak kebelakangan nie ayah busy sgt , so kitorg heppy laa kan kan ? Hurmm , so kitorg pergi mmg lmbt sikit , lapar gile2 . Tggu ayah balik kerja , ayah dari melake . Erm , kitorg gerak dlm kul9:30 cmtuh , then pergi makan , kat situ mmg ramai , smpi ke pagi pon still ramai . Hurmm , dah abeh makan , kitorg g lepak kt stadium bola kat sebelah tuh , then aku ternampak lah budak2 main basikal baring tuhh , hahah , so aku teragak nak naik ! hehehe , aku mintak ayah sewakan , hehehe . so aku pon naik , tengok org naik macam best jehh . So bile aku dah naik , sekali round padang tuh , perhhh dia punye penad , hamboi , kalah berjogging ! grrrrr . mmg penad , aku sewa rm5 , 15min .Nak abeh 15 min tuh macam sejam , mmg penad . huh ! Adek2 aku pulak tknk naik , hah , aku sorg jeh , so tk smpi 15min aku dah pulangkan balik , tak larat , boleh kurus ouhh ! Hahahah . ermm , tuh yg aku balik tuh kepenatan , terus tido . hahaha .. ermm , so arini agk busy lahh , tuh tk dpt nak on9 n berblogging , sorry ! 




Saturday, October 15, 2011

Hazim Hamdan !

Holla , firstly nak say sorry to Fique Shariffuddin , sebab arini sy nak cerita tentang sahabat awak , Hazim Hamdan . hahaha .
Ajim , aku nak speaking tapi takot kau mengutuk , so lebih baik aku menggunakan bahasa melayu moden yarhh . ahahah , kau nie selalu buat org tergelak gila babi doe , sumpah best dgr kau berkata2 . Even , ape yg kau ckp tuh kadang2 boleh buat org touching , sentap , tp aku tk pernah terasa sikit pon doe , mgkin certain perempuan kalau yg tk paham kan kau , dowg akn terasa kod . Jim2 , sorry tau law aku selalu kacau kau , act best kacau kau . hahaha . Tk henti gelak , n act kalau aku rase tkde mood , n agak2 macam nak hilang mood , that y aku rase nak kacaw2 wall kau , sbb aku tahu kau akan buat aku tergelak . hahahah . ayt2 menusuk kalbu doe . ngeee :P pape pon kau jgn risau ye , aku tk penah amek ati , n aku dh paham cmne kau , but kalau aku kacau2 kau tuh , kau jgn marah yeeee . hehehe , tp agk takot la bercakap ngn bby jimjim , ckp english salah , ckp melayu salah , aku tak tahu nak cakap bahasa apa dengan kau . semuanya kau nak komen , hakhakhak . semua bnde kau nak menang , haha , aku nak buat perakuan , yg memang aku selalu kalah dgn kau !!! Jim2 , aku curi gmbr kau satu , nak masok dlm blog niehhh , kau jgn risau , sbb blog aku takde la HOT sgt , so aku amek gmbr kau , kod2 jdi HOT pulak blog nie , yelaaa , kau kan HOT . hahahak , aku tak tipo , bende betul . ape yg aku ckp dlm blog , semua jujur . ngeeee :P , k lahh jim2 , sorry tau2 . BUBYE .



Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

30 perkara yg lelaki perlu tahu :)

‎" ~30 perkara perempuan x sempat bagi tau lelaki~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.. ♥ ♥"

Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah !

Salam guys , ape yg aku nak cerita arini berkenaan dengan topic Alhamdulillah , adelah sebabnye aku bersyukur kerana Allah SWT telah membantu aku , dan dengan izinNya aku LULUS test JPJ beberape jam yg lepas . Syukur sgt ! HEHEHEH . i'm done ! Alhamdulillah sebab dapat JPJ yg sangat baik . Heheh , thanks M.Azirwan . Ngeee :P ermm , pg tadi mase otw nak pergi ke litar , hati aku , huh , takyah ckp laaa , gundah gulana , ibu dgn ayh pun sentap tengok , ibu kate , aku tak pernah setakut ni . Memang cuak abeh ! Bukan ape , yelaa , dah kali ketiga kan , mane tak cuak nyee . Dalam hati , tk berhenti berzikir , moga Tuhan tuh bantu permudahkan urusan aku . Alhamdulillah , akhirnya Dia yg Maha Tinggi , Yang Maha Sempurna , telah memenuhi hajatku . :) Terima Kasih ya Allah . Mulai saat ini , aku tidak akan berhenti bersyukur terhadap Mu . Sekian .

To Fique Shariffuddin :

Yes ! I'm done fr JPJ test ! You call me what ? Coward rite ? "Penakut lah bby nie" , rite ? Its oke , i know that ! But it doesn't mean i fail again . yarh ! i've pass now , so u'll know who i'm . hahahah , dont be angry if I awesome bebeh ! ahahahaha , goodbye ! Iloveyoudamnmuch ! 

Thursday, October 13, 2011

Kenapa Allah menguji kita ?



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sentap :')

Alhamdulillah , aku baru lepas selesai Solat Isyak , baca Yaasin dan Solat Hajat , tujuan ku adelah supaya semua hajat aku tercapai , dan berdoa agar Tuhan mempermudahkan jalan-jalan kehidupan aku , tak kira siapa dan apa yang bakal aku temui , sesungguhnya hanya pada Dia shja yg aku mampu meminta dan hanya Dia yg mampu menentukan setiap apa yg terjadi di muka bumi Nya ini . Insyaallah , jika tiada apa ara melintang , ari Jumaat ni , aku akan menduduki ujian memandu buat kali ke3 , :) aku mohon supaya Tuhan membantu dan memberi aku kenyakinan untuk melakukannya dgn baik , Insyaallah . Ya Allah kau tetapkan lah hidayah yang telah kau turun buatku hari ini selamenya dia hatiku . Sesungguhnya , aku memerlukan Mu setia masa Ya Allah , jauhi aku dari segala hasutan syaitan . Amin ~ 


Wednesday, October 12, 2011

Masak !

Heyyy , arini aku aku bangon lambat la jugak , sbb ibu takde umah , dia anta adek aku auni pergi check up kat hospital KL , aku silent HP , ibu call banyak kali kejut aku suh masak , hahah , aku tahu ibu akan call punye sbb nak kejot aku , jd tuh sebab aku silent hp , heheh , lgpon malam tadi menghabiskan masa bersama tersyg sehingga kul3pg . hahaha , mmg tak la aku nak bangon awal kan ? So , aku tersedar lebih kurang kul11:30 sbb terdengar Aqim menyelongkar kat dapur tuhh , dia nak buat maggi . HAHAHAH , kesian pulak dia , lapar dia ! So aku bangon lah walaupon mate ni still mengantok lg , hahaha . Ermm , aku bangon basuh muke , then aku pon memulakan masak , menu aku masak merah ayam , dan goreng sayur ..... aku tak tahu sayur ape , heheheh . ermm , then aku suruh aqim pergi kedai beli air ais krim soda , ibu takde , so ini lah masenye untuk aku minum air gas , jyeah ! Hahaha , jhd ! bile sakit tahu cari ibu , tp aku terlalu haus , mmg sedap minum air gas , hahaha . Ermm , aku siap masak sume , then makan . GRRRRR , mmg sedap ! Hehehehe , nak try meh dtg umah . hakhakhak . Bubyee .

Tuesday, October 11, 2011

Cool :)

Hah , ape kau nak cakap lg ? Cakap lah , yg penting aku tahu ape yg aku buat , kalau tak sebab kau , aku takde gadoh dgn dia ! Grrr , penad aku dgr celoteh org jakun macam kau ! Penad aku dgr cite karot kau ! Ape pon tak boleh , syg , syg jugak kat kau . Tapi kau ni dah melampau pulak aku tengok , jauh terpesong dari islam . Huh ! Kawan2 , thanks ye bg semangat kat aku , aku taknak mention name korang , sbb kang ade yg terasa law aku tak mention name dia ! Very thanks ! Ermm , too Along n Bro cicak kuhh ! thanks a lot sbb bg chuha smgt balik tuk lawan semua nya , apa org nak cakap , biarkan , chuha dah xnak amek kesah ! Org nak jatuhkan kite bile2 mase jeh , mgkin dia berjaya jatuhkan chuha dgn ex chuha dulu , tp kali ni ! Stopped lahh , chuha akan kuat tuk lawan dia ! Chuha takkan layan segala apa yg dia cakap ! Oke ??? Chuha dah boleh nampak mane yg betul , mane yg salah ! Thanks taw abg abg kuh ! Now , chuha akn try jage relation yg ade skg ! Tknk pecaye bende bukan2 lagi dah , penad nak nanges , penad kene marah dgn kawan2 , dgn abg2 , n ecspecially dgn Fiq , sungguh touching aku dibuatnyeeee , hahaha . Tersedu2 aku nanges ! Waaaaa :'( Awak jgn marah sy lg tao2 , smpi tak kelaur suare sy awk buat ! Heee ;( Ermm , now , i feel very lucky with you , coz i know u very appreciate me dear , thanks a lot biyyyy ! Idk how to tell you , ireally2loveyouFique ! I'm cool now , thanks to all , both of you make my life more interesting :) ILOVEYOU !

Monday, October 10, 2011

The sad thing gave me spirit :)

Today , i was thinking something bad will happen between me and him . Ermm , but idk what will happen , i'm pray to Allah , hopefully we can overcome all with the proper solution . Insyaallah , the past thing makes me add spirit to change the more correct way  of life . Even though I with my new couple . I'll try do the best fr him , to Fique , i'm really sorry if not could be perfect for you dear . INSYAALLAH amin ~

101011

Huh , arini mmg ngantok abess , pg2 kul7 ibu dah kejot , ajak pergi JPJ , utk hidupkan lesen aku , kebetulan lesen aku hilang pulak kan . Hurmmm , so pergi JPJ sek7 bangi . Huh , aku punye ngntok , amboi ! smpi takleh bukak mate , tp dlm kete tkleh pulak , tak same tido dlm kete ngn kat katil , hahaha . Sejuk pulak dgn aircorn , dgn ibu ayh bergadoh2 lg , huh , masing2 ngantok , so , semua tak kene kat mate mereka . Hurm , aku smpi sek7 , dekat kul8:30 , sbb jalan jam lg kan . Hurm , smpi sane teringat kat budak tuh pulak , yela , kawasan rumah dia kan . Hurmm , macam mane pon aku kene kuatkan ati , keraskan ati , lupekan ! Ok , cite kat JPJ , org tak bape ramai , mybe sebab pagi lagi , jd takde masalah la , aku smpi2 org tuh mintak photostat IC lak , mane aku bawak , aku pon g la cari kedai photostat , pg2 mane ade kedai bukak , tp ade satu kedai tuh bukak , aku pegi kedai tuh , nak tahu tak photostat IC sehelai 30sen , bapak cekik darah . Huh , kat Bangi pon mahal . KL pon tkde cmtuh . Humm , then aku bg photostat IC n gmbr skeping , aku baru nak duduk , dia dah pggl no . Ohh , cepatnye , hahaha , aku pon pegi lah . Bile tanye tang bayaran , rm30 jeh . Aritu mase aku nak buat kat driving school tuh , dia mintak rm80 sekali renew tarikh . Huh , nasib ade org bgtahu , pergi JPJ sendiri wat sendiri , saving sikit , mmg save la rm50 aku . Nasib baik . hurmm , aku balik umah cepat2 , sebab ayh dah lambat nak pergi kerja , lepas anta ayh , aku dgn ibu pergi booking kelas drive , n booking test ari jumaat ni . So , aku pon macam dah standby utk retest lg sekali . Humm , Guys , doa2kan aku lulus yee . Aku dah malas nak fikir sal lesen nie lagi , ermm , insyaallah ! Balik dari booking kelas , aku pegi teman ibu beli lauk sekejap , then , aku pergi amek adek balik sekolah , smpi umah , aku tolong ibu masak sekejap , n mop rumah sekejap , dlm kul 11 aku naik katil , cube memberi alasan kat ibu , pening kepala , hahahahah , jhd betol aku nih . Pemalas punye anak dara , then aku tido smpi kul 2:45 . Itu aku tersedar sbb mmbe aku call , so , aku bangon , tengok adek dah pergi sekolah petang pulak , hahaha , laptop ade sebelah aku , so aku on9 , n update blog . Arini Fiq keje pg , so kejap lagi kul 4:30 ke 5 dia call la tuh , dah tak dapat tido . Hukhuk . Pg aku kejot dia kul6:30 , pastu aku yg kene bangon . Erggghhh , bila ngadu kat dia ngantok , dia cakap "padan muke , dah suh tido awal semalam , xnak" hehehe . Hurmm , k lah , dari pg belom makan , nak pergi melantak sekejap , bubye readers . 

Sunday, October 9, 2011

Touching :'(

Lalalala , nak hiburkan hati yg agak touching arini , tak tahu kenape . Hummm , asyek nak marah jeh . Pastu cikit2 touching dgn Fiq , haih . Hurmm , kenape ek ? Dia still tak paham perangai aku larhhh . Hurmm , susah ! But its oke , slow2 , i know one day you will do the best fr me n understanding me . Hurmm , nak tido la . Penad lyn perasaan . Byebye . 

Kene Tinggal >>>

Weyyhhh , arini aku kene tggl dgn ibu n ayh aku . Huh , pg ni aku bgn kul11 , haaa , cepat kod , selalunye kul12 . cepat sejam taw . hahahha , ermm , dlm kul9 cmtuh ibu dah kejut aku , ajk balik kampung , tp aku buat bodo jehh . Wat2 tido mati , hahah . Dlm ati pikir , ibu mesti tggu aku bangon baru dia gerak balik kmpung kan ? lg pon pg lagi , nk buat ape pulak dia balik kmpung tuh awal2 kan ? Bukan nak buat ape pon , hee , aku pon tarik selimut lg . PAP ! aku tersedar Aqiem jatuhkan cawan , aku terus duduk , sbb terkejot . Hurmm , aku baring balik , try lelapkan mate lg , tp aku tak dgr suare Auni , selalunye dia msti memekak pg2 nie , then aku bangon , tengok Aqim tgh makan , tanye mane ibu dgn ayah , dia cakap dah balik kampung . WOW ! Hergghhhh , aku call ibu , tnye kenape tgglkan aku , dia boleh cakap "Padan muke, tido jeh keje kau , dah malas ibu kejot, tido puas2" hukhukhuk , huh , sadissss . Hurmm , so skg dah kul6 ptg , ibu dgn ayh tak balik lg , aku bosan kat umah nie sorg2 , Aqim dah terbang ke mane tah . Heee . Nak keluar pon xde kawan !! heeee . sape nak teman aku kat umah nieehhhh ! Auny cepat lahhh balik !!!!!

Miss youuu'olsss !






Guyysss , a lot miss you'olsss . Bile nak reunion ??? Ergghhh . macam2 nak share dgn korg , ari2 jumpe Syain jeh kat KUIS , dah muak . hahahah , rindu nak tengok korg beraksi , berlakon , bergaya . hahahah . Hopefully kite dpt kumpul balik k . Nmpknye MTAS makin maju takde kite kan kan kan ? Yelaaa , kite kan lanun . hahahah . Takpe , alhamdulillah , lanun2 kite pon semua dah sambung belajar kan ? Kite tengok dan lihat generasi bawah kite yeeee . BRRRRRR , top MTAS . loveyou'olsdamnmuch ! 

Cerita ku !

Aku punya cerita,
tentang kekasihku tercinta,
lelaki yang sangat rupawan ,
baru dua bulan carian ..

tetapi aku baru tahu ,
ternyata pacarku pancemburu ,
aku tak boleh begini begitu,
lama-lama aku jadi jemu ..

* i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me ..

* baby will you let me free ,
to find another love story ,
dan kita kan jalin persamanan abadi..

tetapi setelah kita tak bertamu ,
mengapa aku rindu pada mu ,
tatapan matamu jadi hala pelukmu ,
sudikah kau hadir dalam mimpuku ..

i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me baby ..

baby ,
will you let me free ,
to find another love story
dan kita kan jalin persamanan abadi ..

Nik Adam Harith


Hey readers , now 12:05am 9/10 , so , gud moning ! Grrrr , aku kepenatan hari ini , setelah seminggu duduk rumah membesarkan badan , arini aku keluar mencuci mata pulakk , arini pg2 lagi cousin aku dtg umah ajak keluar berjalan2 , hehehehehe , so aku bangon tido lebih kurg kul11 , mandi , siap2 , terus gerak g kuar . heeee , tp kitorg bawak sorg budak kecik niehh , heheheh . grrr , bawak dia pegi makan , pegi jalan , tp dia macam pergi konsert . heee , rambut panjang , bila nak di ikat taknak duduk diam , cmtuh ka jadinye , hahahah . Bwk naik troly , dia menjerit2 macam tgh konsert , bile dilepaskan berjalan , dia ajak kami main kejar2 pulak . Huh , semua org dia langgar . Bhahahaha , bile jumpe tempat game , dia taknak balik pulak , huh . tp sekejap jeh dia nanges , dia nieh baik , tk kedekut , tk cepat marah , tk cepat touching , dia ikot je ape org ckp . heee , dgn semua org dia masuk . tak memilih sape pon . semua dia ikot . hehehe , comel sgt ! grrr , geram . Makan pon tak cerewet , semua dia belasah . Tido senang , letak jeh terus tido , bangon pon tak meragam , heheh , mmg best , lasak2 tuh biasa la kan , budak2 . heheh , bg je ape2 permainan , dia main jeh , dia tak kesah . Bg sepit rambut pon dia main , hahaha . Mmg best main dgn dia , sporting abeh . Dia pggl aku mummy nana , heheh , dah jd makcik aku , hahah . Comel ! Gerammm ! muachhh , loveyou Adam ! 

Saturday, October 8, 2011

Ujian HATI.

Ya Allah , aku bersyukur sebab kau turunkan sekali lagi ujian hati buat ku . Aku bersyukur kerana kau telah temukan aku dgn insan yg betul-2 menyayangi aku , prihatin terhadap diri ku , dia betul-2 menguji hati aku ya Allah . Sangat menguji hati aku untuk menerima dia sepenuh hati aku . Dia lah insan yg paling berharga yg telah kau anugerahkan untuk ku ya Allah , kau kekal kan lah dia bersama ku ya Allah , sesungguhnya dia yg memahami hati ku , dia yg memahami setiap kerenah ku . Kau tabah kan hatinya untuk menerima semua ujian yg kau turunkan buat kami ya Allah . Aku mohon restu dari Mu . Permudahkan urusan hambu-Mu ini ya Allah . Amin ya rabala'lamin . 

Afrojack feat Eva Simons - Take Over Control (OUT NOW!)

Comel ?

Hollaaaaaa readers , nak cerita tentang kecomelan . hahahahah , arini aku bosan , jadi keje aku snap2 jeh la kan , hahahah , dalam hati nak tukar DP fb , tp dah xde gmbr , jadi aku pon snap2 lah , heheheh . nak tengok tak  ? grrrrr . 






Hazirah MH , huhuhu . grrrr , tk abeh2 puji aku kau ni kak . hahahah 
done fr tuuuuudaayyyy .